I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 21, 2011

Resepi ....

Halluuu u allz.... hehehe. Pa khabar? nie saya nak kongsi sikit resepi baru. Resepi nie senang jer.... tak banyak guna bahan.. Nama resepi nie, PUDING SERI KANDI ,, ada yang pernah dengar ke? hehehe. Tak apa, yang tak tahu tu.. nie la nie nak bagi resepi nya..

BAHAN-BAHAN :
1 tin susu cair( apa2 jenis pun boleh )
5 keping roti( bread )
3 sudu makan jus sunquick
1 biji kuning telur
2 peket serbuk agar2 biasa
1/2 sudu esen ros
5 cawan air
pewarna
gula secukup rasa

CARA-CARA :
1. Buangkan tepi roti
2. Sediakan loyang yang berukuran sederhaha dan masukkan susu cair kesemuanya
3. Masukkan kepingan roti yang telah dibuang tepinya dan hancurkan
4. Pukul kuning telur sehingga kembang dan campurkan ke dalam loyang
5. Dalam bekas yang lain, masak serbuk agar2 dengan gula dan kacau
6. Selepas itu,masukkan jus sunquick sedikit dan teruskan kacau sehingga mendidih
7. Bila sudah mendidih, masukkan ke dalam loyang bersama campuran roti tadi
8. Titik beberapa esen warna dan corakkan supaya menjadi warna-warni
P/S : jangan lupa sejukkan ke dalam peti sejuk..ok !

huh... da siap pun. Ini sesuai dihidangkan untuk minum petang ataupun berkelah bersama keluarga dan kawan2....hehehe
Selamat mencuba.... :)

No comments:

Post a Comment